Tuesday, September 15, 2009

Apa disebaliknya


Sikap perangai tingkah laku dll
Ada yang diwarisi
Klu pandailah
Senang je nak tau
Aku nak gi Up town KT jap agi,
Nak carik apa?
Saje jer,
Nak perabis duit skit.
Nak ikut Jall,Lin,Bob,Qie?

Sunday, September 13, 2009

the problem dah settle


Dengan Kenney Rogers-Beres
Sedapnya,
Aku dari dolu2 memang suka sgt KR,
Sodapnya,
Tak kan nak gi Kuantan lak,
Tak ada ke org nak belanja,
Nak merajuk..
Takut org tak perasan,
Merajuk sampai esoklah,
Nak mengada-gada,
Tak de sape nak layan,
So..thanks 2 god,
Semua dah settle,
Alhamdulilah syukur.

Saturday, September 12, 2009

Aku dah penat,jangan kacau lagi


Boleh tak jangan fikir lagi?
Aku dah penat,
Penat.penat.penat.
Aku nak gi tido,
Gud nite!

Sorry naik lori


Maaf,maaf,maaf...
Pas 2 wat lagi,lg,lg dan lg,
Dari muda sampai tua,
Sekurang2nya mintak maaf,
So...maafkan ajelah,
Semua orang wat salah,
Kalu tak,tak ada lah pulak vocab "Maaf"
Ha ha ha,
Kah kah kah.

2 U my dear


Jangan menangis sayang,
Kalau ini kehendaknya,
Kita hanya manusia biasa,
Tapi ingat,
Kau tidak kesaorangan,
Kau ada aku,
Aku sentiasa bersamamu.
Ingat lagi,
Senang,susah,menangis,ketawa,
Sakit,sihat,dll
I always with UUUUUUUUUUU!
Dulu,kini dan selamanya.

Don't dare to hurts her


Kuat 3 X,
Dulu leh kuat,
Sekarang bak pe dok leh kuat,
Mesti tak makan obat kuat,
Lets it be,
Semua tu cabaran hidup,
Klu sudah takdir,
Kita redha,
There still stars in the dark sky.

Friday, September 11, 2009

Don't Cry Baby


Menangis tu baik jika kita suka tapi jika kita tak suka,kita menangis gak,nie kes berat nie.Ada orang akan menyesal seumur hidup.so stay cool,ingat dulu lahir kat mana?Show white kan?

Microwave


Ha...pandai pun aku guna benda alah ni.Tadi aku segarkan semula roti yang aku bawak balik dari Rumbia Resort semalam.Wat apa aku segarkan semule ,kau jangan tanya,aku tulis suruh kau baca aje.Bukan nak tapau sgt tapi gara2 siAbob nak mengurat budak Rumbia,terpaksalah aku wat2 nak roti sijohn ni.Nak bg abob ushya awek.Tapi X laku gak anak bujang ni.Kena mandi bunga 7 jenis kot.Semlm bukak pose kat sana.Masih ku ingat lagi,masa dolu2 anak2 kecil,klu makan kat hotel ke,resort ke..mesti kena budget masa,kos nak ambik mknan byk2.set2 tamak,tp kami X tamak coz kami kuat makan.tp skrg mkn apa yang leh mkn & nak mkn jer.Semlm nasik pun tak mkn.Yg aku mkn nasi impit + rendang + kuah kacang + 1 lemang/kuih tako + kuih bakar /bubur kacang X sedap/ABC/rojak skit kuah X sedap/air 3 -kelapa+tebu+tea susu.Klu bayo 45 hinggit.Nasib baik orang tolong bayorkan.Makan free lagi.Hari ni pun dengor kabo abah kata makan free lagi kat TER rasanya "Terengganu Equestrian Resort"

Wednesday, September 9, 2009

abang,abah,babah


u are everything-tanah + air + udara + oksyen + api + ribut + bayu laut + hujan + tsunami + pokok + makanan + dsbnya yang ALLah jadikan di dunia ini.Pakej yang sempurna lengkap.

qie,aqie,syau,aqie ibu,


"Tidur mat syauqie,tidolah sayang,tidurlah,tidur mamat syauqie,tidurlah sayang Muhammad Syauqie,Dum! Dum! Ingat tak lagu ni.Hafal sampai tua.Aqie ni bab belajar bagi sama dia.Rajin ya Allah.Orang lain sekolah gak tapi tak mcm dia.Cita2 tinggi,Mak doakan aqie.Selalu mintak doa rajin belajar coz dia tak belajar kot.Perangai paling baiklah agaknya setakat hari ni.Ingat lagi mase kecik klu wat salah,kita pukul sikit2 jer dia ni,dia pulak mintak suruh pukul kuat skit.Muka macam anak cina.Hensom dia kata,ramai peminat,tapi dia ni wat2 cool.Budgetlah konon.Set Mat Salailah katakan.Dia paling awal keluar rumah .OOP! dak..paling awal along dia tingkatan 1 sekolah agama.Aqie ni kira awal gak tingkatan 4 -MRSM.Pas ni terus masuk U @ yang sewaktu dgn nya MFA kan qie?Klu dia ada kat rumah kijanya tidur,main snooker.Hebat gak dia bab2 snokker ni.siap ada stick.Org panggil apa kayu snokker tu.Tak ingatlah.Dulu punyalah takut nak masuk pusat snokker,la ni dia lak yang campion.Main bola sepak dari darjah 3 dah wakil sekolah.Main ragbi dari tahun 4 rasenya.Sampai patah2kan diri.Patah tulang bahulah sbb ragbi,2 kali patah jari(kelingking + jari manis)lepas ni mak nak suruh main congkak ngan main guli jer.SPM bakal menjelma.Mak abah doakan aqie berjaya dunia akhirat.Wat setakat mampu k?Jangan susah hati .Rezeki ada di mana2.

bob,bobby,b,abob,e-kal


Nama betul dia sedap -Pohon yang rimbun -Mohd Haikal,tapi Haikal tu belakang dia kal -nakal,cikgu suruh tukar Hai-Aik (haikal baik).Dia selalu kata dia hak mak bapak coz dia yang tinggal dengan kami sekarang.Sekaranglah,sok2 blum tau.Masa kecil dulu ,ingatkan bisu coz tak bercakap,senyap sunyi tak pandai nangis.Tengok gak anak tekak dia,molek ada.Dia bab memusnahkan benda ,bagi sama dia,habis selesai.Dari kecik klu kereta control @ alat mainan yang pakai bateri ke ,yg ada mesin2..nascaya kejap je kalu bg kat dia,pas tu duduk senyap2 kat ceruk2 mana,dia bukalah mainan tu..hancur.Sampai skrg dia dah jadik makenik.Insyakallah..1 day nanti leh baiki kapalselam.Bilik dia boleh tahan...-ve,punyalah pening nak kemas,sama mcm bengkel dia.Bapak dia kata "Belanda dapat tanah"habis stor dia conquer.Dia klu bab awek2,tak pandai langsung nak jaga ati awek.Sapa ngada2 pasti kena marah.Kita nak cium dia pun susah gak.Kami panggil dia set2 org Trg yang tak pandai sayang orang.Dia baik ada,degil pun ada.Dolu2 mat rempit gamoknya.La ni joki kuda lak.Badan pun bau kuda.Bab makan susahlah pulak.Makan macam mat salleh-fast food,roti,telur.Perut jaga skit..kan jadi mcm ali mak ngah.Bye bobby.

nina,lilin,alin,kenit,kak ngah,kakak,uk uk,t-lin


Kak ngah ni lagi pelik,angin seluruh badan-ribut,taufan,puting beliung,sepoi2 bahasa,bayu dsb.Tapi time dia baik, Ya Allah baiknya mak datuk.Tapi jangan pandang sebelah mata dia ni caring,manja,sayang kat orang (Yang dia sayanglah)klu budak kecik lagi dia suke,klu dia nampak budak kecik dia akan kata"Rasa nak kenyek2 jer"Dia baik tapi sikap dia leh berubah dalam split second.Puteri "lilin" tak tahan panas konon dia beranak kat negeri ada salji,tak tau yang dia beranak kat India ke Afrika jer.Tapi klu tak ada dia, rase hidup ni tak sempurna coz tak ada kawan nak ajak shopping,jalan2,yang lebih penting tak da kawan nak GADUH.Memang set ni kaki gaduh.Kami akan gaduh,tak bertegur (paling kuat pun seharilah) pas tu keluarlah ayat ni "Nak kawan?"Dari kecik kami dah fesyen2kan dia.Tu lah pasal sekarang klu bab melaram bagi sama dia.Dah nak masuk 4 tahun dia belajar jauh skit dari rumah tapi I never miss to call her everyday.Dia sorang anak pompuan kami,Baik ke degil ke ..itulah dia.Dari dulu hobinya TIDUR.Ingatlagi masa peksa SPM ada exam ptg,dia tak leh nak jawab coz biasa waktu tu waktu dia masuk sarang.Itulah dia...Nina busyuk mak.

along,mamat,jall,boy,faisal


Dia ni baik tapi kadang2 boleh tahan gak.Dari kecil cool jer tapi dalam cool2 adalah yang pelik tapi dia tetap cool.Rasanya dia ni rajin dan pandai tapi masa dulu-dulu malas nak guna otak yang ALLAH kurniakan pada dia.Tapi sekarang rasanya dia bertambah positive.Macam rajin dan ada wawasan jer klu dengar cara dia cakaplah tapi tak taulah klu dia cakap tak serupa bikin.Harap-harap apa yang dia cakap elok3 belaka.Tambah pulak dengar kabo nak sambung belajar lagi pas ni.Alhamdulilah!!!syukur pada ALLAH.Anak lelaki kena belajar tinggi coz nak tanggung anak pompuan orang.Klu duit ciput ,pakaian sendiri pun tak lepas,mcmana?Nak pakai lawa tapi hampeh.Pakai stylo tp rambut tu dah mcm penyanyi rock lah pulak.Adik dia kata lawa.OK lah tu!Along ni kadang2 kuat perasan,takut terhimpap perasaan pulak.Dia ni ramai orang suke dari ceritanyalah tapi kena ingat ramai orang suke,ramai juaklah orang benci,biasanya balancelah.Tapi dia ni pedulik apa,Surfing hobi dia,surfing board sampai 2 wat pameranlah klu musim tak ada ombak.Nak belajar jauh,nak main ombak,aduh! sakitnya perut mak bapak.Dia berani mcm besi berani,mcm air terjun,mcm2 ada.Bab sayang kat dia ialah bila kita nak gi shopping..dia bawak kemana saje kita nak pegi.Itu baiknya along nie.





Friday, September 4, 2009

TERIMA KASIH ABAH


Sembahyang tarawihku tidak kusyuk malam ni,entah kenapa tiba-tiba aku teringat pada bapaku.Aku teringat semasa aku masih di sekolah menengah,masa tu bulan puasa,sibuk nak beli baju raya.Aku bab baju memang cerewet hingga sekarang.Nak shopping kat KL jer.So my father terpaksalah ke KL membawa aku untuk membeli belah.Aku masih ingat masa tu naik bas dari UYB ke KL memakan masa 2 jam.Sampai di Chow kit Road,kami turun,gi kedai-kedai kat situ,naik flyover kedai sebelah jalan,habis 1 Chow kit,gi lah pulak ke Pertama Komplek.Jalan kaki ni,nak naik taxi takut mahal.sayang duit.Bayangkanlah jalan kaki dari Chow kit ke Pertama Komplek .mak datuk,pecah kaki klu zaman ni.Tapi dulu tak rasa pun.Bapa aku ni pun ikut aje aku nak kemana.Itu yang aku sedih hari ini.Kenapa bapaku sikit pun tak marah.Klu sekarang anak-anak aku wat macam itu...alamat..dapat sebijik.Kenapa aku kata tak marah.Lepas pusing 1 pertama komplek,Cambell,Jalan Tengku Abdul Rahman gi balik ke Chow kit.Ha...itu pasal aku kata bapa ku kenapa tak marah?tambah pulak aku tak dapat baju yang aku nak cari,balik kosong.Bapa ku sikit pun tak marah hingga sampai rumah,las-las aku beli kat UYB rasanya lah.Itu yang membuatkan aku merasa sangat sedih bila memikirkan betapa susahnya bapa ku membesarkan aku,nak beli baju raya pun susah.Mak aku kata pergi cari 1 KL pun tak jumpa baju.nak baju macam mana?Mak aku marah lah.Betapa sabarnya bapaku mengikut kerenahku masa dulu.aku ingat juga kalau aku sakit bapa ku akan mengambil air nasi yang mendidih tu dicampur dengan gula dan bagi aku minum.sedap betul,tapi sekarang kalau aku buat kenapa tak sedap,mungkin bapaku buat dengan kasih sayang,Satu lagi bila aku demam bapaku ambil nasik yang panas2 dicampur dengan margerin planta dan bagi aku makan.sedap ya Allah.Lemak masin-masin.Klu bulan puasa masa sahor mesti ada telur masin.Aku masih ingat bapaku ajar baca doa puasa dan buka puasa.Dia baca kuat2 tiap2 hari .Jadi hingga sekarang aku ajar anak2ku pulak.Masih aku ingat lagi masa kecik2 dulu ,zaman dulu mana ada bilik air atau tandas dalam rumah,klu nak buang air malam-malam bagaimana?So kalau malam aku tak berani kejut mak aku tapi biasanya kejut bapak aku,masih ku ingat bila kejut bapa aku dengan matanya masih tertutup ,menggulung kain pelekatnya dia menemani aku pergi ke tandas.Macam2 cerita hantu aku dengar tentang tandas ni,tulah aku takut nak pegi tambah pulak jauh malam.Ada 1 perkara yang aku ingat sangat,bapa ku beri kami makan belalang kunyit(warna kuning hitam)besar tau.Dia bakar kemudian bagi kami adik beradik makan,berebut2 nak kaki,kepala,badan,ekor dll.Waaa...gelinya.Kenapa abah bagi saya makan belalang?Bila dah besar ni aku bertanya?Bapa ku menjawab...Dah engkau orang yang berebut2nya.Bergaduh2kan diri berebut nak kaki dll.Zaman sekarang nampak belalang tu pun aku dah lari lintang pukang.Geli....Aku ingat lagi masa aku mula2 masuk darjah 1 -Sekolah aku jauh di Kuala Kubu Bharu dalam 25 KM dari rumah.Klu pagi pagi pukul 5.30 pagi dah tunggu van.Bapa ku juga yang hantar.Masa aku mula masuk darjah 1 bapa ku tunggu aku,takut aku menangis dalam kelas.Aku masih ingat dia menyorok belakang tiang.mengintai2 aku.aku nampak dia,tapi aku tak menangis pun.Sekarangh Hendak aje aku telefon bapa ku malam ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH ABAH kerana membesarkan aku dengan susah payah.Kasih mu tidak ternilai dengan wang ringgit.Dengan didikan mu Aku sekarang menjadi orang yang berilmu dan kehidupanku agak mewah.Kalau tidak kerana mu abah,aku tak kan jadi begini.Tapi jam sudah menunjukkan pukul 11.35 malam,sudah pasti abah telah dibuai mimpi indah.Tapi aku juga teringat bab mimpi ni,abah sering mengigau bila malam,terjerit2 dia mengigau,aku selalu yang kejutkan dia bila abah menggau.Masih aku ingat lagi masa kecil2 bila malam aku terjaga dan dapati abah kerja ,tidur di balai,aku pun menyelinap keluar rumah pergi ke balai cari ayah.Biasa aku tidur dalam "Lockup" kat balai.Aku tak kisah janji aku dapat tidur dengan bapak aku.Hingga sekarang aku masih lagi terima duit raya dari abah ku.Harap2 tahun ni leh dapat banyak.Insyakallah.OK cukuplah setakat ini.Itulah abahku,dia tak pernah pukul aku.

Thursday, September 3, 2009

U ARE MY SUNSHINE


Tetiba terasa rindu sangat3X pada semua.emak abah mak mertua adik beradik anak2X kwn anak2 GF BF anak2 kawan2 sendiri dulu kini dan selamanya.Kenangan itu indah tetapiada ketikanya kenangan itu menyakitkan.Tapi bagi I lah,I tak kisah...SEMUAnya INDAH bagi saya.Coz hidup kita tak lama.So lets ENJOY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!