Friday, September 4, 2009

TERIMA KASIH ABAH


Sembahyang tarawihku tidak kusyuk malam ni,entah kenapa tiba-tiba aku teringat pada bapaku.Aku teringat semasa aku masih di sekolah menengah,masa tu bulan puasa,sibuk nak beli baju raya.Aku bab baju memang cerewet hingga sekarang.Nak shopping kat KL jer.So my father terpaksalah ke KL membawa aku untuk membeli belah.Aku masih ingat masa tu naik bas dari UYB ke KL memakan masa 2 jam.Sampai di Chow kit Road,kami turun,gi kedai-kedai kat situ,naik flyover kedai sebelah jalan,habis 1 Chow kit,gi lah pulak ke Pertama Komplek.Jalan kaki ni,nak naik taxi takut mahal.sayang duit.Bayangkanlah jalan kaki dari Chow kit ke Pertama Komplek .mak datuk,pecah kaki klu zaman ni.Tapi dulu tak rasa pun.Bapa aku ni pun ikut aje aku nak kemana.Itu yang aku sedih hari ini.Kenapa bapaku sikit pun tak marah.Klu sekarang anak-anak aku wat macam itu...alamat..dapat sebijik.Kenapa aku kata tak marah.Lepas pusing 1 pertama komplek,Cambell,Jalan Tengku Abdul Rahman gi balik ke Chow kit.Ha...itu pasal aku kata bapa ku kenapa tak marah?tambah pulak aku tak dapat baju yang aku nak cari,balik kosong.Bapa ku sikit pun tak marah hingga sampai rumah,las-las aku beli kat UYB rasanya lah.Itu yang membuatkan aku merasa sangat sedih bila memikirkan betapa susahnya bapa ku membesarkan aku,nak beli baju raya pun susah.Mak aku kata pergi cari 1 KL pun tak jumpa baju.nak baju macam mana?Mak aku marah lah.Betapa sabarnya bapaku mengikut kerenahku masa dulu.aku ingat juga kalau aku sakit bapa ku akan mengambil air nasi yang mendidih tu dicampur dengan gula dan bagi aku minum.sedap betul,tapi sekarang kalau aku buat kenapa tak sedap,mungkin bapaku buat dengan kasih sayang,Satu lagi bila aku demam bapaku ambil nasik yang panas2 dicampur dengan margerin planta dan bagi aku makan.sedap ya Allah.Lemak masin-masin.Klu bulan puasa masa sahor mesti ada telur masin.Aku masih ingat bapaku ajar baca doa puasa dan buka puasa.Dia baca kuat2 tiap2 hari .Jadi hingga sekarang aku ajar anak2ku pulak.Masih aku ingat lagi masa kecik2 dulu ,zaman dulu mana ada bilik air atau tandas dalam rumah,klu nak buang air malam-malam bagaimana?So kalau malam aku tak berani kejut mak aku tapi biasanya kejut bapak aku,masih ku ingat bila kejut bapa aku dengan matanya masih tertutup ,menggulung kain pelekatnya dia menemani aku pergi ke tandas.Macam2 cerita hantu aku dengar tentang tandas ni,tulah aku takut nak pegi tambah pulak jauh malam.Ada 1 perkara yang aku ingat sangat,bapa ku beri kami makan belalang kunyit(warna kuning hitam)besar tau.Dia bakar kemudian bagi kami adik beradik makan,berebut2 nak kaki,kepala,badan,ekor dll.Waaa...gelinya.Kenapa abah bagi saya makan belalang?Bila dah besar ni aku bertanya?Bapa ku menjawab...Dah engkau orang yang berebut2nya.Bergaduh2kan diri berebut nak kaki dll.Zaman sekarang nampak belalang tu pun aku dah lari lintang pukang.Geli....Aku ingat lagi masa aku mula2 masuk darjah 1 -Sekolah aku jauh di Kuala Kubu Bharu dalam 25 KM dari rumah.Klu pagi pagi pukul 5.30 pagi dah tunggu van.Bapa ku juga yang hantar.Masa aku mula masuk darjah 1 bapa ku tunggu aku,takut aku menangis dalam kelas.Aku masih ingat dia menyorok belakang tiang.mengintai2 aku.aku nampak dia,tapi aku tak menangis pun.Sekarangh Hendak aje aku telefon bapa ku malam ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH ABAH kerana membesarkan aku dengan susah payah.Kasih mu tidak ternilai dengan wang ringgit.Dengan didikan mu Aku sekarang menjadi orang yang berilmu dan kehidupanku agak mewah.Kalau tidak kerana mu abah,aku tak kan jadi begini.Tapi jam sudah menunjukkan pukul 11.35 malam,sudah pasti abah telah dibuai mimpi indah.Tapi aku juga teringat bab mimpi ni,abah sering mengigau bila malam,terjerit2 dia mengigau,aku selalu yang kejutkan dia bila abah menggau.Masih aku ingat lagi masa kecil2 bila malam aku terjaga dan dapati abah kerja ,tidur di balai,aku pun menyelinap keluar rumah pergi ke balai cari ayah.Biasa aku tidur dalam "Lockup" kat balai.Aku tak kisah janji aku dapat tidur dengan bapak aku.Hingga sekarang aku masih lagi terima duit raya dari abah ku.Harap2 tahun ni leh dapat banyak.Insyakallah.OK cukuplah setakat ini.Itulah abahku,dia tak pernah pukul aku.

2 comments: